Kesuksesan bermula dari membaca

Kali ini saya berbagi dengan Anda tips motivasi dari Al Quran.

Saya rasa Anda ingat ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dari surah Al Alaq. Ia bermaksud “Bacalah”.

Melalui penelitian, 93% daripada orang-orang yang sukses mereka suka membaca. Mereka juga menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat harian.

Asas kejayaan adalah:
1 ilmu.
2. usaha
3. attitude positif.

Ketiga-tiga asas ini dapat memperkasakan minda lalu dapat melahirkan insan cemerlang.

Tanpa ilmu, kita takkan tahu ke mana mahu di tuju dan apa yang kita mahu kuasai untuk menjadi orang yang lebh maju, lebih cemerlang dari yang sebelumnya.

Cara paling mudah menggali ilmu adalah dengan membaca. Di zaman ‘vista’ sekarang ini, Anda juga boleh menonton video-video yang menambah wawasan atau browsing di Internet selain membaca untuk menimba ilmu, mencari informasi dan untuk mengikuti perkembangan terkini.

Orang yang berilmu adalah mereka yang berjaya serta. Untuk jadi orang yang sukses mari kita meniru orang-orang yang telah berjaya , Anda perlu rajin menimba ilmu, rajin belajar dan mengaplikasikan apa yang Anda pelajari.

Apabila Anda sebagai pelajar maka jadilah pelajar yang sukses, dekatkan diri dengan ilmu, cinta ilmu dan rajin mencari ilmu.

Apabila sebagai pekerja, gali ilmu komunikasi, penampilan diri, disiplin dan tatakerja.

Apabila menjadi usahawan, gali ilmu keusahawanan, pengurusan keuangan, teknik mempromosi, tips pengurusan pelanggan dan cara mengembangkan perniagaan.

Hidup kita menjadi lebih maju bila rajin mencari ilmu. Semuanya takkan pernah habis.

Jadi, lebih banyak ilmu yang Anda miliki, maka lebih banyak juga keberhasilan yang Anda dapat!



Cerita Kasih - 2009

0 komentar:

Post a Comment

Terimakasih kepada yang sudah memberikan komentarnya dengan baik.